Gambar Kenangan ex-DIP POLIMAS Jul 2007 - Jan 2010
Konvokesyen POLIMAS yang ke-24
Dip 6
Baju Kelas ( Student Programming )
Raptai Konvokesyen 2010
| Misi Fakulti | |
Misi utama FTSM adalah untuk menghasilkan tenaga mahir yang terpelajar bagi mengisi keperluan negara dalam bidang teknologi maklumat. Jawatankuasa Kerja Mengenai Masalah Kekurangan Tenaga Mahir dalam Industri Teknologi Maklumat telah mengenalpasti beberapa bidang pekerjaan yang dianggap kritikal, antaranya ialah: • Juruaturcara Sistem • Pakar Perisian • Pakar Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer • Keselamatan Sistem • Penyenggaraan Sistem • Pengurusan Projek Teknologi Maklumat • Sistem Pengurusan Pangkalan Data • Juru Integrasi Sistem FTSM menawarkan bidang-bidang pengkhususan yang diharap akan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang-bidang tersebut. Selain daripada itu, FTSM juga berusaha kearah mengembangkan pengetahuan dan penyelidikan dalam bidang teknologi maklumat. Adalah diharapkan sebilangan graduan dalam bidang ini akan meneruskan pengajian mereka pada peringkat tinggi bagi memastikan penyelidikan teknologi maklumat terus berkembang. Wawasan FakultiFakulti Teknologi dan Sains Maklumat bertekad menjadi pusat pembelajaran, pengajaran, perundingan dan rujukan dalam bidang teknologi dan sains maklumat yang cemerlang berlandaskan falsafah dan misi UKM.
|