Sunday 30 October 2011

POLIMAS tetap dihatiku~



Konvokesyen POLIMAS yang ke-24

Dip 6

Baju Kelas ( Student Programming )

Raptai Konvokesyen 2010

Sunday 23 October 2011

Tentang Handphone anda~

Teliti fizikal handphone. Bila disebut terpakai, pasti ada sedikit cacatnya. Namun, teliti dahulu dari segi fizikal handphone, keypad, navigasi, skrin, bateri dan yang paling penting nombor IMEI pada telefon adalah tepat. 

  • Untuk mengetahui nombor IMEI, sila taip *#06# pada kekunci handphone anda untuk melihat Serial Number.
  • Sila semak nombor apakah yang berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. . …)
  • Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dengan nombor yang ke tujuh dan ke lapan pada Serial Number handphone anda tadi.


Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.

Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.

Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.

Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.

Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.


Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/10/tips-sebelum-membeli-handphone.html#ixzz1fhQ5j4Rn

Monday 17 October 2011

Free Template blogger~

Senarai laman web  template blogger: 

1 http://btemplates.com/
http://www.bietemplates.com/
http://www.eblogtemplates.com/
http://www.blogcrowds.com/resources/blogger-templates/
http://www.bloggerthemes.net/
http://themecraft.net/
http://www.allblogtools.com/
http://www.bloggertemplatesblog.com/
http://www.ourblogtemplates.com/
10 http://www.cahayabiru.com/
11 http://template-terpilih.blogspot.com/
12 http://www.zoomtemplate.com/
13 http://www.bloganol.com
14 http://www.blogfashions.com
15 http://www.flashmo.com
16 http://www.idwebtemplate.com
17 http://www.isnaini.com/blogger-templates
18 http://www.problogger.net/archives/2006/05/31
19 http://www.pyzam.com/bloggertemplates
20 http://www.themza.com/moodle
21 http://www.webdesignmo.com/blog
22 www.blogcrowds.com/resources/blogger_template.php
23 www.BloggerBlogTemplates.blogspot.com
24 www.bloggerbuster.com
25 www.Blogger-Templates.blogspot.com
26 www.jackbook.com/category/blogger-templates-gallery
27 http://blogger-templates.blogspot.com
28 http://blogskins.com
29 http://blogtemplate4u.com
30 http://btemplates.com
31 http://finalsense.com/services/blog_templates
32 http://free-blogger-template-layout.blogspot.com
33 http://freeblogtemplatess.blogspot.com
34 http://freetemplates.blogspot.com
35 http://garcya.us/blog/free-templates
36 http://templatesparanovoblogger.blogspot.com
37 http://the-blogger-templates.com
38 http://themes.BlogFlux.com

39 http://www.allblogtools.com/category/blogger-templates 

Wednesday 12 October 2011

FTSM

Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil inisiatif awal dengan menawarkan beberapa kursus berasaskan sains komputer sejak awal penubuhannya lagi. Sesuai dengan perkembangan semasa, Unit Sains Komputer telah dinaik taraf menjadi Jabatan Sains Komputer, Pusat Pengajian Kuantitatif pada tahun 1982. Jabatan ini telah berkembang seiring dengan perkembangan pengguna komputer di dalam negara. Pertubuhan program akademik peringkat Sarjanamuda, Sarjana dan Doktor Falsafah telah dibuat secara berperingkat. Begitu juga dengan pertubuhan kakitangan akademik. Secara berperingkat kakitangan akademik telah ditingkatkan kemahiran mereka untuk tujuan pengajaran dan penyelidikan dengan melakukan pengajian peringkat Doktor Falsafah di dalam dan di luar negara.

Apabila negara mula merangka dan memberi fokus kepada Teknologi Maklumat sebagai salah satu bidang industri pada awal tahun 90an, sekali lagi Jabatan Sains Komputer telah dinaik taraf. Pada 1 Oktober 1994, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) telah ditubuhkan dengan tenaga akademik di sekitar 40 orang. Penubuhan ini bertepatan pula dengan pengisytiharan penubuhan gagasan Koridor Raya Multimedia (MSC) oleh kerajaan Malaysia. Kini FTSM menjadi lebih besar dan kukuh yang disokong oleh hampir 100 pensyarah dengan 9 daripadanya bertaraf Profesor, 12 orang Professor Madya, 22 orang Pensyarah kanan, 48 orang Pensyarah dan 8 orang Tutor. Bilangan yang besar telah berjaya meletakkan fakulti terkehadapan dalam bidang-bidang pendidikan formal, penyelidikan dan perundingan. Pada hari ini FTSM merasa amat berbangga kerana telah berjaya memiliki kompleksnya sendiri. Kompleks FTSM ini telah mula digunakan pada 15 Mei 2001. Walaupun kompleks ini masih tidak dapat menampung keperluan sebenar FTSM, usaha untuk meningkatkan kemudahan dan ruang sedang giat dijalankan. Kini FTSM telah menambah 2 blok baru iaitu blok G dan H yang telah digunakan sejak februari 2010.

Misi Fakulti

Misi utama FTSM adalah untuk menghasilkan tenaga mahir yang terpelajar bagi mengisi keperluan negara dalam bidang teknologi maklumat. Jawatankuasa Kerja Mengenai Masalah Kekurangan Tenaga Mahir dalam Industri Teknologi Maklumat telah mengenalpasti beberapa bidang pekerjaan yang dianggap kritikal, antaranya ialah:

      • Juruaturcara Sistem
      • Pakar Perisian
      • Pakar Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer
      • Keselamatan Sistem
      • Penyenggaraan Sistem
      • Pengurusan Projek Teknologi Maklumat
      • Sistem Pengurusan Pangkalan Data
      • Juru Integrasi Sistem

FTSM menawarkan bidang-bidang pengkhususan yang diharap akan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang-bidang tersebut. Selain daripada itu, FTSM juga berusaha kearah mengembangkan pengetahuan dan penyelidikan dalam bidang teknologi maklumat. Adalah diharapkan sebilangan graduan dalam bidang ini akan meneruskan pengajian mereka pada peringkat tinggi bagi memastikan penyelidikan teknologi maklumat terus berkembang. 



Wawasan Fakulti

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat bertekad menjadi pusat pembelajaran, pengajaran, perundingan dan rujukan dalam bidang teknologi dan sains maklumat yang cemerlang berlandaskan falsafah dan misi UKM.


Matlamat Fakulti


Dengan perkembangan ilmu pada hari ini, teknologi maklumat telah menjadi suatu bidang yang luas. Justeru itu, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat mengendalikan pelbagai jenis kursus dan program pengajian dengan matlamat-matlamat berikut:

      • Melahirkan siswazah dalam bidang teknologi dan sains maklumat yang berwibawa.

      • Menjadikan pusat penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi 
        dan sains maklumat.

      • Memberi perkhidmatan perundingan dan rujukan dalam bidang teknologi dan sains maklumat.

      • Menyebar pengetahuan teknologi dan sains maklumat kepada masyarakat umum.

      • Menggalakkan interaksi dan jalinan ilmu di antara ahli teknologi dan sains maklumat


Peta Lokasi FTSM

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) terletak berhampiran dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina di Kampus Bangi, Selangor. Anda boleh ke sini menuju pintu masuk Lingkungan Pertama dengan melalui lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan keluar menyusuri tol Kajang atau tol Bandar Baru Bangi. Manakala bagi individu yang dari Sepang pula boleh melalui pintu masuk Lingkungan Kedua menuju ke FTSM. Di antara kemudahan awam yang boleh digunakan adalah:


  • KTM Komuter - ke arah Seremban. Turun di Hentian UKM. Naik teksi atau Bas RapidKL No. 430 ke FTSM
  • Bas RapidKL - ambil bas No. E2 ke Terminal Kajang. Tukar Bas RapidKL No. 430 ke FTSM
  • Limo KLIA - dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
  • KLIA Transit - ke Hentian Bandar Tasik Selatan, naik KTM Komuter arah Seremban dan turun di Hentian UKM. Kemudian, naik teksi atau Bas RapidKL No.430 ke FTSM


Tuesday 4 October 2011

Themes handphone~

Disini saya sediakan senarai laman web Themes Handphone yang boleh anda download secara percuma. Selain themes handphone terdapat juga wallpaper, ringtones, Games, Apps, TxTs. Selamat mencuba... ^_^
*website yang saya suka download...
1. Zedge

2.Esato


3.Mobile88


4.Ownskin

5. Mobile9

kalau ada laman web themes lain, boleh la sama2 kita kongsi...

Friday 30 September 2011

First blog~


Assalamualaikum...

Alhamdulilah, terhasilnya blog ini kerana tugasan yang diberikan oleh Dr. Mohd. Zamri bin Murah iaitu subjek TTTS1931 ( Pengenalan kepada teknologi maklumat ), insyaAllah, dalam blog ini saya cuba kongsi segala maklumat pengenai IT dan macam-macam lagi... Selamat Datang dalam dunia blogger untuk diri saya... Cahaya mataku... ^_^